Kunjungan hormat dari Universiti Kasetsart (KU), Thailand

Kunjungan hormat dari Universiti Kasetsart (KU), Thailand

Pusat Bendalir, UMPSA Gambang
Lawatan dari Universiti Kasetsart (KU), Thailand

Seramai 15 orang delegasi dari Universiti Kasetsart (KU) Thailand telah berkunjung hormat ke Pusat Bendalir. Satu sesi perbincangan telah dijalankan yang menekankan inisiatif kerjasama di antara kedua-dua institusi termasuk pertimbangan tentang skim geran bersama, kolaborasi dalam penulisan dan penerbitan jurnal serta penyertaan dalam persidangan antarabangsa. Dalam konteks ini, pihak dari KU Thailand berminat untuk menggalakkan pertukaran ilmu dan kerjasama lintas sempadan untuk manfaat kedua-dua pihak.

Selain itu, delegasi dari KU telah dibawa untuk melawat makmal Pusat Bendalir. Ini memberi peluang kepada tetamu untuk melihat sendiri alat-alat penyelidikan di Pusat Bendalir.

Diharapkan lawatan ini tidak hanya dapat meningkatkan kerjasama akademik antara kedua-dua institusi, tetapi juga mewakili langkah penting dalam arah menuju keunggulan penyelidikan yang lebih besar.


Print   Email