Lawatan balas kunjungan hormat dari Universitas Ahmad Dahlan (UAD), Indonesia

Lawatan balas kunjungan hormat dari Universitas Ahmad Dahlan (UAD), Indonesia

UMPSA Gambang
Lawatan balas dari Universitas Ahmad Dahlan (UAD), Indonesia

Pusat Bendalir dengan sukacitanya telah menerima lawatan balas kunjungan hormat daripada Universitas Ahmad Dahlan (UAD), Indonesia, yang diwakili oleh 6 orang delegasi di bawah pimpinan Timbalan Dekan Akademik, Fakulti Kejuruteraan, Ir. Sri Winiarti.

Kunjungan tersebut lebih memfokuskan kepada perbincangan kolaborasi strategik dengan Pengarah Pusat Bendalir, Prof. Madya Ir. dr Mohd Fairusham bin Ghazali bersama-sama Felo Penyelidik Pusat Bendalir dan penyelidik-penyelidik UMPSA. Perbincangan kolaborasi diadakan di Bilik Mesyarat Pusat Bendalir bermula jam 9.30 pagi, diikuti dengan lawatan ke makmal Pusat Bendalir dan makmal FTKKP yang diketuai oleh Ketua Teknikal FTKKP, Prof. Madya Ts. Dr. Noor Asma Fazli dan Encik Awang Harun.

Pusat Bendalir amat berbesar hati dengan inisiatif kerjasama yang dibincangkan antaranya padanan geran, penerbitan bersama, program pertukaran pelajar, bilik darjah global dan persidangan antarabangsa. Diharapkan jalinan kolaborasi yang terjalin ini akan dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.


Print   Email